Sunday, November 2

LAWAK KAN????

Bayangkan perkara ini berlaku kepada anda... Suatu hari pada masa
Solat jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba
masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian
hitam... tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun...

> > > > > > lalu salah seorang lelaki tu bertempik, "Sesiapa yang sanggup MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu." Selepas mendengar amaran
lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk
menyelamatkan diri...

Daripada jumlah yang 1,000 tadi itu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak
Imam... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata, "Ok Pak Imam, saya dah halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang
Jumaat"... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah...
Macam mana? Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas? Selain
terhibur anda fikirkanlah...

*Lawak kan, dari 1,000 orang yang mengaku dia Islam, hanya 20 yang
betul-betul beriman...
*Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah melupakan ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki tadi hanya membawa mesin-gun... Dia
tak kata pun nak membunuh... tapi generasi sekarang amat lemah. Baru
kena ugut terus lari lintang-pukang... Lupa yang dia tak sembahyang
jumaat lagi...
*Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja... tu pun bila masa
sembahyang jumaat... tunjuk muka kat orang kampung... ada tu lagi
dashyat setahun 2 kali aje... bile masa sembahyang raya...
*Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh
suratkhabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran.
*Lawakkan, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat
adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia
*Lawak, kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend
berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai... tak cukup masa...
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel-artikel yang berunsur agama.
*Lawakkan / kenapa gelak? itu kan realiti... tapi yang paling lawak
sekali... berapa orang yang lepas baca mesej ni tak akan sampaikan kat
orang lain...
Berapa ramai yang akan buka BLOG ni untuk luangkan masa membaca?
berapa banyak?
Wallahuaallam..

0 comments: