Friday, October 31

alphabet n number...

wmode="transparent" align="middle" type="application/x-shockwave-flash" >

Thursday, October 30

DIARI NADIAH'....

DIARI NADIAH'          MEMBELI SAMBIL MENDERMA         “Diari Nadiah” menerobos lubuk hati NADIAH AMIRAH JAMIL.  Beliau mendedahkan perasaan dan monolog nuraninya.  Beliau menceritakan liku-liku perjalanan hidupnya sebagai seorang pelajar di asrama dan di rumah.  Lingkungan sahabat, guru, keluarga, jiran dan masyarakatnya menjadi prop kehidupannya.  Kalbunya memberontak untuk mengajak semua yang dkenalinya memperjuangkan kecemerlangan, keikhlasan, kesungguhan, empati dan ketakwaan.   Ada ketikanya dia merasa letih dalam berjuang.  Pada masa yang sama dia melawan nafsu remaja yang sering bermudah-mudah untuk menggapai idealisme.  Novel ini harus menjadi tatapan setiap pelajar khususnya dari Ting.1 hingga Ting.5 jika ingin mencipta kecemerlangan.  Kepada ibu bapa, jadikanlah novel ini hadiah paling bermakna untuk anak anda!   


Pengarang : Nur Amalina & Tuan Haji Muhammad Zakaria
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 983-424-85-1
Harga : RM 16.90

mendedahkan rahsia yang telah berjaya melahirkan seorang Nur Amalina yang cemerlang dalam segenap bidang yang diceburinya. Kaedah, formula, tip dan teknik yang digunakan Nur Amalina mungkin banyak bersamaan dengan amalan setiap warga pelajar dalam susah payah mencari kecemerlangan. Jadi, buku ini memberi pan-duan yang lebih terarah. Semua warga pelajar harus memilikinya. Para ibu bapa dan guru pula boleh menggunapakai pelbagai aspek dan kaedah yang diamalkan Nur Amalina untuk panduan mengurus, mentadbir, mendidik dan mengasuh anak-anak dan murid.

Buku ini berjaya mencungkil panduan belajar dan membina imej diri seorang pelajar yang diamalkan oleh Nur Amalina yang
belum pernah didedahkan oleh media lain. DATO' DR. HJ. MOHD. FADZILAH KAMSAH, Pakar Motivasi

Nur Amalina ibarat sebutir permata yang dipersembahkan oleh penulis untuk tatapan umum. Manfaatnya sudah tentulah
kepada orang yang memiliki buku ini. USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD,
Perunding Motivasi & Penceramah Agama

Latar belakang penulis sebagai pendidik dan kecemerlangan mendidik anak-anaknya membuatkan beliau berjaya menganalisa punca kejayaan Nur Amalina.
HJ. ZAHAZAN MOHAMED, Pensyarah UIAM



*TAHU X KENAPA SAYA MEMPROMOSIKAN BUKU NI....INI KERANA NUR AMALINA ADALAH EX-STUDENT SEKOLAH SAYA(SKLH MENENGAH ULU TIRAM)....TU JE..

AKU TERIMA NIKAHNYA....


Alhamdulillah..akhirnya habis juga baca buku setebal 227 muka surat ni. Aku Terima Nikahnya adalah buku hasil penulisan Ustaz Hasrizal atau nama glamernya Abu Saif yang mengisahkan tentang hal-hal rumah tangga sebagai suami isteri dan ibu ayah.

BELI JGN X BELI !!!!!


Adik-adik!

Pernahkah adik terfikir?

"Bagaimana alam ini terbentuk?"

"Bagaimana matahari dan bulan terbentuk?"

"Di manakah adik-adik sebelum dilahirkan?"

"Bagaimana lautan, pokok-pokok, dan haiwan muncul?"

"Bagaimana buah-buahan yang harum dan berwarna-warni, seperti pisang, plam, ceri dan strawberi, dapat muncul daripada tanah yang hitam? Siapa yang memberikan warna dan bau kepada mereka?"

"Daripada siapakah lebah yang kecil ini belajar membuat madu yang begitu enak?" Bagaimana ia membuat sarang yang mempunyai persimpangan-persimpangan yang lancar?"

"Siapakah manusia pertama?"

Ibu kamu telah melahirkan kamu. Tetapi manusia pertama tidak mungkin mempunyai emak dan bapa. Jadi, bagaimana manusia pertama muncul?"


Di dalam buku ini, kamu akan mempelajari jawapan sebenar untuk semua soalan-soalan ini.






Pernahkah kamu memikirkan tentang keluasan cakerawala yang kita mendiami ini? Mungkin kamu jarang memikirkan persoalan ini sehingga sekarang. Walaupun kamu pernah memikirkannya, masih sukar untuk membayangkan saiz cakerawala ini. Biar kami terangkan keluasan cakerawala ini melalui contoh berikut. Berapakah keluasan yang dapat kamu bayangkan? Jarak di antara satu bandar dengan bandar yang lain sudah cukup luas bagi kamu. Mungkin, kamu telah mengembara dari timur hingga ke barat negara kamu, dan kamu merasa kagum dengan keluasannya. Sebahagian kamu mungkin pernah ke negara-negara yang jauh. Tetapi, satu fakta penting! Walaupun kamu telah mengembara mengelilingi dunia, ia masih terlalu kecil untuk membantu kamu membayangkan saiz gergasi cakerawala ini. Ini kerana saiz Bumi jika dibandingkan dengan seluruh alam cakerawala ini adalah seperti sebintik debu.

Ini mungkin mengejutkan kamu, tetapi itulah kebenarannya; planet Bumi hanya sebintik debu dibandingkan dengan alam ini.

Adik-adik sekalian! Sekarang fikirkan tentang Bumi kita, satu titik debu di dalam alam yang amat luas ini. Setiap pagi kamu bangun dari tidur di dalam rumah di dalam bola bulat ini. Jalan-jalan yang kamu gunakan untuk ke sekolah juga dibuat di atasnya.


Kereta-kereta kecil yang diletakkan di atas sebiji bola jatuh ke lantai. Pernahkah kamu terfikir bagaimana kita dapat berdiri di atas Bumi?

Sekarang fikirkan perkara ini sebentar! Jika kamu letakkan sebuah kereta mainan di atas sebiji bola di atas tangan kamu, bolehkah ia kekal berada di situ? Sudah tentu tidak. Sedangkan kamu menghabiskan sepanjang hari kamu di atas planet bulat ini, bermain dan bergembira dengan rakan-rakan kamu tanpa terjatuh keluar!

Sekarang, fikirkan tentang matahari. Bagaimana kamu memanaskan diri kamu, dan dari mana cahaya datang jika tanpa bola api kuning ini? Bolehkah kamu pergi berenang dan mandi? Bolehkah kamu pergi berkelah bersama dengan keluarga atau rakan sekelas kamu? Sudah tentu tidak! Kamu tidak dapat melakukan semua perkara ini, kerana tanpa matahari, tidak akan ada hidupan di Bumi ini. Bukan sekadar tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok, burung-burung, serangga dan haiwan peliharaan yang kamu sayangi, tetapi juga ibu, ayah, kawan-kawan, adik-beradik dan malah diri kamu tidak akan wujud.

Dua contoh tentang Bumi dan matahari menunjukkan kepentingan objek-objek langit dan peranannya kepada hidup kita. Kami akan mengemukakan banyak contoh-contoh menarik di dalam buku ini. Sungguh menarik dapat mempelajari tentang cakerawala ini melalui contoh-contoh ini. Kamu juga perlu berkongsi apa yang kamu pelajari ini bersama dengan ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan kamu. Mereka juga tentu gembira mempelajari topik-topik yang menarik ini.

Apabila kamu membaca buku ini, kamu akan lihat bahawa Allah, Pencipta kita, telah menjadikan alam ini dan semua makhluk di dalamnya. Kamu juga akan melihat bahawa Allah menjadikan matahari, bulan dan Bumi dan segala yang berada di alam ini, semoga dengan itu kita dapat hidup dengan lebih gembira dan selesa, dan untuk menguji kita.

Memerang: Pembina Empangan Yang Mahir


Karim adalah seorang kanak-kanak yang menggemari sukan dan membaca buku dan juga mempunyai minat yang tinggi terhadap haiwan. Dia juga gemarkan perkhemahan musim bunga yang mereka sertai setiap tahun. Tahun ini di perkhemahan tersebut, Karim bertemu dengan Encik Memerang dan Puan Memerang. 

Apabila kamu membaca buku ini, kamu akan mempelajari tentang memerang bersama dengan Karim. Kamu akan dapati di sebalik anugerah kemahiran yang mereka miliki semenjak lahir, sahabat baru Karim dapat mereka sebuah rumah yang menakjubkan walaupun suatu tugas yang sangat rumit. Siapakah yang memberikan ilmu kejuruteraan dan kemahiran-kemahiran ini? Di dalam buku ini, kamu akan lihat bahawa hanya ada satu jawapan kepada soalan ini. Terdapat Kuasa Tertinggi yang mengajar mereka semua perkara ini. Kuasa ini adalah milik Allah, Yang menjadikan segala-galanya, termasuk kita.

LEBAH MADU (Pembina sarang yang sempurna)


Anda semua tentu sudah tahu mengenai lebah madu. Mungkin kebanyakan daripada kamu pernah melihatnya di dalam cerita kartun di TV, atau, mungkin dalam kehidupan sebenar, berdesing-desing ke sana, ke mari. Tetapi saya yakin masih banyak tentangnya yang kamu masih tidak tahu... Tahukah kamu bahawa lebah madu, seperti pakar kimia, membalut bahan-bahan berbahaya di dalam sarang mereka dengan sejenis bahan khas untuk perlindungan daripada kuman-kuman? Tahukah kamu terdapat pembahagian tugas yang sempurna di kalangan lebah-lebah madu? Tahukah kamu bahawa sebahagian mereka membersihkan sarang, sementara yang lain pula membina indung-indung madu, dan yang lain pulang menghasilkan madu yang lazat? Tahukah kamu bahawa lebah madu, seperti ahli matematik, membina indung-indung madu yang sempurna dengan membuat pengiraan sudut dalaman yang baik? Tahukah kamu bahawa 17 ribu lebah madu perlu menghinggapi 10 juta bunga untuk menghasilkan hanya setengah kilo madu asli? ini hanyalah sebahagian daripada beribu-ribu sifat-sifat menakjubkan lebah madu. Adakah anda mahu melihat dengan lebih dekat sifat-sifat lebah madu yang menakjubkan ini dan mempelajari bagaimana mereka memperoleh perlakuan-perlakuan yang bijaksana ini? Jika kamu mahu, teruskan membaca buku ini!


Mungkin kamu belum pernah mendengar tentang kemahiran dan kebijaksanaan semut. Sebahagian daripada kamu mungkin beranggapan bahawa semut hanyalah serangga ringkas yang melata di merata tempat tanpa melakukan apa-apa. Tetapi sesiapa yang beranggapan demikian sebenarnya telah tersilap, kerana semut, seperti juga hidupan-hidupan lain, mempunyai kehidupan mereka sendiri, dan mempunyai berbagai ciri-ciri menakjubkan. Omar, hero buku ini, berpeluang untuk mempelajari dengan lebih dalam tentang kehidupan ini daripada seorang kawan. Dia terpesona dengan apa yang telah dipelajarinya daripadanya. Jadi apakah yang menyebabkan Omar begitu gembira? Mengapa dia merasa kagum dengan dunia semut? 

Lebih daripada itu, siapakah “sahabat kecil” yang memberikan Omar semua maklumat-maklumat ini? Jadi sudah tentu kamu tertanya-tanya apakah kisahnya. Bacalah buku ini, dan cari jawapannya...

Tuesday, October 28

VALUE OF LIFE...

"Sometimes ALLAH breaks our spirit to save our soul..

He break our heart to make us whole ...

He sends us pain so we can be stronger...

He sends us failure so we can be humble...

He sends us illness so we can take care of our self...

Sometimes ,ALLAH takes everything away from us so we can learn the value of everythingHe gave us......

DOA


"I want to die with my FOREHEAD on the ground ,the SUNNAH in my heart, ALLAH on my mind,QURAN on my tongue ,and TEARS in my eyes ...."

SCIENCE!!!!!!


"Scientist have proved that the sound which comes from a heartbeat is LUB DUB...but now they analyze that it is RUB RUB ...RUB is an arabic word which means who made each everything that is ALLAH. so it means every heartbeat says ALLAH ALLAH .



THE Holy Prophet (SAW) said stop doing everything during azan ,even reading the AL-QURAN...the person who talks during the azan will not able to say kalimah syahadah on his/her death bed......"

Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a :"Ruh itu menuju ke tujuh tempat
* Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.·

*Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.·

*Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.·

* Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.·

*Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.·

*Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.·

* Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa :"Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-· Orang-orang yang mati syahid.· Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.· Orang yang puasa hari Arafah.