Monday, February 23

character dlm keluarga....

ni satu lagi topik yg saya utarakan utk hampa semua. Jadi kalau blh tu rajin-rajin la antar komen. Ada tak tempias-tempias ciri-ciri kat hampa??? Dikatakan kedudukkan seseorang itu dalam bilangan adik-beradik turut mencorakkan personaliti hidup mereka. Nak tau lebih lanjut? Klik la seterusnya.. hehe

1)Anak Sulung

anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.



Karektor :

ü anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.


ü sering berjaya dalam hidup.


ü lebih pandai mengambil hati orang tua.


ü nilai tanggung jawab yang tinggi.








Anak Tengah

biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. mere ka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang 'favourite' di kalangan adik-beradik yang lain. seringkali mereka juga teras terpinggir. dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.




Karektor :


ü lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.

ü lebih percaya dengan keyakinan sendiri.

ü suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.

ü sering merasakan diri mereka terpinggir.

ü terlalu mengalah





Anak Bongsu


mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakan sikap anak bongsu. mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengiku t kehendak mereka sahaja. mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. mungkin ibu bapa sentiasa berasakananak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.


Karektor :

ü happy go-lucky dan yakin diri.

ü manja.

ü berkeinginan dan bercita-cita tinggi.

ü sukar membuat keputusan sendiri.



Anak Tunggal



dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kuku h dan erat. mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.


Karektor :

ü sering merasakan diri mereka kesunyian.

ü lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.

ü lebih bijak bergaul.

ü lebih cepat matang.

ü terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.

ü sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.

Saturday, February 14

malaikat, manusia & syaitan

1)Manusia - Eh, dah subuh dah?

Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.

Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz



2)Manusia - Nak makan, laparlah ??

Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...

Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .


3)Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..

Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


4)Manusia - Alamak, dah lewat!

Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..

Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?


5)Manusia - Azan sudah kedengaran... .

Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.


6)Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...

Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !

Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..


7)Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa

Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..

Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .


8)Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain

Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..

Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?


9)Manusia - aku telah berdosa..

Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .

Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ... (kalau sempatla)


10)Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .

Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?


11)Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...

Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....



*Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :


1.Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.

2.Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)

3.Syaitan - Tak payah