Monday, July 13

iium....

hari ni tiba2 je rasa nk tulis pasal 1 bnda....hari ni kluar lah result utk t_ _ exam...exam ni berkenaan dgn tilawah kita....dlm exam ni akan diuji lah ramai new intake student iium mcm mana bacaan dorang dlm membaca al-quran

alhamdulillah ,saya hnya mndpt level 1..rasa sedih tu sbb ramai gak kwn yg dpt level 2 n ada yg setngah tu exempted....x pelah..cuma yg lawak nya kat sini,saya kna baca balik al-quran dari alif,ba,ta n seterusnya...mak ada kata ilmu al-quran ni boleh dibawa kemana2 termasuklah dlm kubur...so,pasti ada hikmah apapun yg ALLAH s.w.t bagi kat kita...

ada lah 1 kwn baik ni bagi mssge ni...
"saya minta kpda ALLAH setangkai bunga segar ,
DIA beri saya kaktus yg berduri,
saya minta kpda ALLAH kupu2 ,
diberinya ulat...
saya kecewa dan bersedih.tpi ttp bersabar.
namun ,x lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi kupu2 yg cantik...
begitulah ALLAH mengasihi kita indah pada waktunya..."



Tuesday, June 9

BIRTHDAY WISHES!!!!





\






happy birthday ,my dear mom...


Happy birthday mom!!! It’s my moms birthday today, I have to admit –one of the dopest moms I’ve known. She’s not just my mom, she’s my buddy, we can talk and be cool as hell. Again, happy birthday mom, love you!!!

walking sunshine...my mum

Walking Sunshine

Dear Mother I love you and want you to know,
I think of you often wherever I go.
You lift me up; you're like walking sunshine;
I am lucky to have a great mother like mine.

Your endless affection makes you special and rare;
I'm always amazed by how much you care.
What you've given to me I can never repay,
Thank you, Mom, on your 43rd birthday.

http://www.youtube.com/watch?v=mH4z6_KDVy8

Thursday, June 4

seikhlas kelapa tua..



Kelapa tua. Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.

Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topic perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami
perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.

Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Waduh! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.
Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyakkoyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk.Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah
isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak ke
seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:
“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?”
Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.”
Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.
Orang kata, “Oh! Sedap gulai ni.”
“Oh! Sedap ikan bawal ni.”

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli.Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk ta’abbud kepada Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan!

Tuesday, May 26

berhentilah menjadi gelas....


Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya belakangan ini selalu tampak murung.
"Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu? " sang Guru bertanya.
"Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Susah bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak
ada habis-habisnya, " jawab sang murid muda.
Sang Guru terkekeh. "Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu
itu." Si murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa
gelas dan garam sebagaimana yang diminta.
"Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu," kata Sang Guru. "Setelah itu cuba kau minum airnya
sedikit." Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini pucat kerana meminum airnya masin.
"Bagaimana rasanya?" tanya Sang Guru.
"Masin, dan perutku jadi mual," jawab si murid dengan wajah yang masih sama.
Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang pucat akibat kemasinan.
"Sekarang kau ikut aku." Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat tempat mereka. "Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau." Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke sungai, tanpa bicara. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu fikirnya.
"Sekarang, cuba kau minum air sungai itu," kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya,
tepat di pinggir sungai.Si murid menangkupkan kedua tangannya,mengambil air tersebut, dan membawanya ke
mulutnya lalu meneguknya. Ketika air sungai yang dingin dan segar mengalir di kerongkongnya, Sang Guru bertanya
kepadanya, "Bagaimana rasanya?"
"Segar, segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan lengan bajunya. Tentu saja, sungai ini berasal
dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air sungai ini
juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya.
"Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?"
"Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnyalagi. Sang Guru hanya tersenyum
memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air sungai itu sampai puas.
"Nak," kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. "Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak
kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang
kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah."
Si murid terdiam, mendengarkan.
"Tapi Nak, rasa `masin' dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya 'qalbu'(hati) yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu jadi sebesar sungai."

Thursday, April 23

KEWUJUDAN ALLAH S.W.T


ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTINGRAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SILELAKITADI.

'' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUAINIBERLAKU''.

SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''

hanya seminit


ASSALMUALAIKUM...
minit untuk mengingat Allah
> * Langkah 1:
> * Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
> * * SUBHANA'LLAH
> * * ALHAMDULI'LLAH
> * * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
> * * ALLAHU AKBAR
> * * ASTAGHFIRU'LLAH
> * * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
> * * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI * * WA SAHBIHI AJMA'EEN
>
> * Langkah 2:
> * Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demiperkataan
>
> * Langkah 3:
> * Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang yang anda kasihi.
>* Hasil 1:
> * Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
>* mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.
> * Hasil 2:
> * Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
>* mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.
> * Hasil 3:
> * Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan
>* kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat.
>
Wassalam

Monday, February 23

character dlm keluarga....

ni satu lagi topik yg saya utarakan utk hampa semua. Jadi kalau blh tu rajin-rajin la antar komen. Ada tak tempias-tempias ciri-ciri kat hampa??? Dikatakan kedudukkan seseorang itu dalam bilangan adik-beradik turut mencorakkan personaliti hidup mereka. Nak tau lebih lanjut? Klik la seterusnya.. hehe

1)Anak Sulung

anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.



Karektor :

ü anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.


ü sering berjaya dalam hidup.


ü lebih pandai mengambil hati orang tua.


ü nilai tanggung jawab yang tinggi.








Anak Tengah

biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. mere ka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang 'favourite' di kalangan adik-beradik yang lain. seringkali mereka juga teras terpinggir. dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.




Karektor :


ü lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.

ü lebih percaya dengan keyakinan sendiri.

ü suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.

ü sering merasakan diri mereka terpinggir.

ü terlalu mengalah





Anak Bongsu


mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakan sikap anak bongsu. mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengiku t kehendak mereka sahaja. mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. mungkin ibu bapa sentiasa berasakananak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.


Karektor :

ü happy go-lucky dan yakin diri.

ü manja.

ü berkeinginan dan bercita-cita tinggi.

ü sukar membuat keputusan sendiri.



Anak Tunggal



dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kuku h dan erat. mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.


Karektor :

ü sering merasakan diri mereka kesunyian.

ü lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.

ü lebih bijak bergaul.

ü lebih cepat matang.

ü terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.

ü sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.

Saturday, February 14

malaikat, manusia & syaitan

1)Manusia - Eh, dah subuh dah?

Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.

Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz



2)Manusia - Nak makan, laparlah ??

Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...

Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .


3)Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..

Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


4)Manusia - Alamak, dah lewat!

Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..

Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?


5)Manusia - Azan sudah kedengaran... .

Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.


6)Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...

Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !

Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..


7)Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa

Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..

Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .


8)Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain

Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..

Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?


9)Manusia - aku telah berdosa..

Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .

Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ... (kalau sempatla)


10)Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .

Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?


11)Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...

Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....



*Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :


1.Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.

2.Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)

3.Syaitan - Tak payah