Thursday, October 30

BELI JGN X BELI !!!!!


Adik-adik!

Pernahkah adik terfikir?

"Bagaimana alam ini terbentuk?"

"Bagaimana matahari dan bulan terbentuk?"

"Di manakah adik-adik sebelum dilahirkan?"

"Bagaimana lautan, pokok-pokok, dan haiwan muncul?"

"Bagaimana buah-buahan yang harum dan berwarna-warni, seperti pisang, plam, ceri dan strawberi, dapat muncul daripada tanah yang hitam? Siapa yang memberikan warna dan bau kepada mereka?"

"Daripada siapakah lebah yang kecil ini belajar membuat madu yang begitu enak?" Bagaimana ia membuat sarang yang mempunyai persimpangan-persimpangan yang lancar?"

"Siapakah manusia pertama?"

Ibu kamu telah melahirkan kamu. Tetapi manusia pertama tidak mungkin mempunyai emak dan bapa. Jadi, bagaimana manusia pertama muncul?"


Di dalam buku ini, kamu akan mempelajari jawapan sebenar untuk semua soalan-soalan ini.






Pernahkah kamu memikirkan tentang keluasan cakerawala yang kita mendiami ini? Mungkin kamu jarang memikirkan persoalan ini sehingga sekarang. Walaupun kamu pernah memikirkannya, masih sukar untuk membayangkan saiz cakerawala ini. Biar kami terangkan keluasan cakerawala ini melalui contoh berikut. Berapakah keluasan yang dapat kamu bayangkan? Jarak di antara satu bandar dengan bandar yang lain sudah cukup luas bagi kamu. Mungkin, kamu telah mengembara dari timur hingga ke barat negara kamu, dan kamu merasa kagum dengan keluasannya. Sebahagian kamu mungkin pernah ke negara-negara yang jauh. Tetapi, satu fakta penting! Walaupun kamu telah mengembara mengelilingi dunia, ia masih terlalu kecil untuk membantu kamu membayangkan saiz gergasi cakerawala ini. Ini kerana saiz Bumi jika dibandingkan dengan seluruh alam cakerawala ini adalah seperti sebintik debu.

Ini mungkin mengejutkan kamu, tetapi itulah kebenarannya; planet Bumi hanya sebintik debu dibandingkan dengan alam ini.

Adik-adik sekalian! Sekarang fikirkan tentang Bumi kita, satu titik debu di dalam alam yang amat luas ini. Setiap pagi kamu bangun dari tidur di dalam rumah di dalam bola bulat ini. Jalan-jalan yang kamu gunakan untuk ke sekolah juga dibuat di atasnya.


Kereta-kereta kecil yang diletakkan di atas sebiji bola jatuh ke lantai. Pernahkah kamu terfikir bagaimana kita dapat berdiri di atas Bumi?

Sekarang fikirkan perkara ini sebentar! Jika kamu letakkan sebuah kereta mainan di atas sebiji bola di atas tangan kamu, bolehkah ia kekal berada di situ? Sudah tentu tidak. Sedangkan kamu menghabiskan sepanjang hari kamu di atas planet bulat ini, bermain dan bergembira dengan rakan-rakan kamu tanpa terjatuh keluar!

Sekarang, fikirkan tentang matahari. Bagaimana kamu memanaskan diri kamu, dan dari mana cahaya datang jika tanpa bola api kuning ini? Bolehkah kamu pergi berenang dan mandi? Bolehkah kamu pergi berkelah bersama dengan keluarga atau rakan sekelas kamu? Sudah tentu tidak! Kamu tidak dapat melakukan semua perkara ini, kerana tanpa matahari, tidak akan ada hidupan di Bumi ini. Bukan sekadar tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok, burung-burung, serangga dan haiwan peliharaan yang kamu sayangi, tetapi juga ibu, ayah, kawan-kawan, adik-beradik dan malah diri kamu tidak akan wujud.

Dua contoh tentang Bumi dan matahari menunjukkan kepentingan objek-objek langit dan peranannya kepada hidup kita. Kami akan mengemukakan banyak contoh-contoh menarik di dalam buku ini. Sungguh menarik dapat mempelajari tentang cakerawala ini melalui contoh-contoh ini. Kamu juga perlu berkongsi apa yang kamu pelajari ini bersama dengan ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan kamu. Mereka juga tentu gembira mempelajari topik-topik yang menarik ini.

Apabila kamu membaca buku ini, kamu akan lihat bahawa Allah, Pencipta kita, telah menjadikan alam ini dan semua makhluk di dalamnya. Kamu juga akan melihat bahawa Allah menjadikan matahari, bulan dan Bumi dan segala yang berada di alam ini, semoga dengan itu kita dapat hidup dengan lebih gembira dan selesa, dan untuk menguji kita.

0 comments: