Sunday, November 2

KASIH IBU !!!!

> > berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

> > berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

> > berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya....

> > berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

> > berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

> > berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

> > dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

> > Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.




> > Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
> > 1) Tolong pergi kedai : RM4.00
> > 2) Tolong jaga adik : RM4.00
> > 3) Tolong buang sampah : RM1.00
> > 4) Tolong kemas bilik : RM2.00
> > 5) Tolong siram bunga : RM3.00
> > 6) Tolong sapu sampah : RM3.00
> > Jumlah : RM17.00



> > Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
> > 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
> > 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
> > 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
> > 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
> > 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
> > Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

> > Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

> > "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

0 comments: