“Sembahyang itu tiang Agama. Barangsiapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya, dan barangsiapa meninggalkannya, maka sesungguhnya ia telah merobohkan agamanya.” 6 Seksaan Di Dunia 1. ALLAH mengurangkan berkat umurnya. 2. ALLAH tidak mempermudahkan rezekinya di dunia. 3. ALLAH menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya. 4. Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam. 5. ALLAH tidak akan menerima doanya. 3 Seksaan Ketika Menghadapi Mati 1. Mati dalam keadaan yang hina. 2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar. 3. Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya. 3 Seksaan Sewaktu Dalam Kubur 1. ALLAH akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya. 2. ALLAH akan mengelapkan kuburnya. 3. ALLAH akan menyeksanya sehingga hari kiamat. 3 Seksaan Ketika Bertemu ALLAH 1. Pada hari kiamat ia akan dibelenggu oleh Malaikat. 2. ALLAH tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan. 3. ALLAh tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam neraka dengan azab yang pedih dan lagi keras. Dosa dan Balasan Meninggalkan Sembahyang Lima Waktu Subuh: Sekali meninggalkan dimasukkan ke neraka selama 30 tahun di akhirat (bersamaan 60,000 tahun di dunia) Zohor: Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1,000 umat Islam. Asar: Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuhkan Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram,Makkah). Maghrib: Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri. Isyak: Sekali meninggalkannya ALLAH tidak redha orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum nikmat-Nya. |
Monday, December 29
waktu2 yg paling baik utk berdoa...
1. Antara adzan dan Iqamat. 2. Menjelang waktu shalat dan sesudahnya. 3. Waktu sepertiga malam yang terakhir. 4. Sepanjang hari Jumaat. 5. Antara Dzuhur dan Ashar, serta Ashar dan Maghrib. 6. Ketika Khatam membaca Al-Qur'an. 7. Ketika Turun hujan. 8. Ketika melakukan Thawaf. 9. Ketika menghadapi musuh di medan perang. 10. Antara 2 khutbah jumaat Mari kita amalkan... |
Posted by ummu atiqah zainulabid at 7:15 PM 0 comments
hari natal......
Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH). Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)?
Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak.NAUZUBILLAH.LAILAHAILLAH
Posted by ummu atiqah zainulabid at 7:13 PM 0 comments
Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE. Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc. Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.
HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM.................
HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM.................
*JANGAN LUPA SEBARKAN X G2 ANDA AKAN DOSA SEUMUR HIDUP KERANA MENDAPAT INFO TAPI X SEBARKAN
Posted by ummu atiqah zainulabid at 7:09 PM 0 comments
MALAIKAT IZRAIL MEMPERHATIKAN WAJAH MANUSIA 70 KALI DALAM SEHARI SEMALAM
MALAIKAT IZRAIL MEMPERHATIKAN WAJAH MANUSIA 70 KALI DALAM SEHARI SEMALAM
Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.
a katanya, Rasulullah saw bersabda :
"Bahwa malaikat maut turun memperhatikan wajah manusia dimuka bumi ini 70 kali dalam sehari semalam. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak ketawa, maka berkata Izrail : "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedang aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia justeru berseronok-seronok dan bergelak ketawa.
"
Perbanyakkan mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala kenikmatan hidup, iaitu MATI.
"
(Hadis Sahih Riwayat At-Tirmidzi)
"Sampaikanlah apa-apa yang datang dariku walau hanya satu ayat.
"
(hadis Riwayat Bukhari)
Sesungguhnya ilmu yang baik itu akan abadi jika diamalkan. Sama-samalah kita saling ingat mengingatkan ye...
Posted by ummu atiqah zainulabid at 7:08 PM 0 comments
Sunday, December 28
.Sebagai org baru di sini...hamba mendoakan semua sahabat di sini beroleh kesejahteraan dan dimurahkan rezeki daripada Allah SWT.
Bersyukurlah dengan apa yang ada dan beriltizam untuk memperbaiki segala kekurangan...
Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah....
Allahu Akbar!!
Posted by ummu atiqah zainulabid at 7:39 PM 0 comments
Wednesday, November 5
Tuesday, November 4
KISAH ANAK YG SOLEH
Assalamualaikum semua..
> Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk renungan kita
bersama. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah satu siri-siri
ceramah beliau mengenai kebajikan anak-anak yang soleh kepada ibu
mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada yang telah mendengarnya dan
sama-samalah kita renungkan sejauh mana kebaktian kita kepada kedua-dua
ibubapa kita.
> Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din dan adik
beradik beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz Harun Din dan adik
beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agama yang tinggi hasil
didikan ibubapa mereka yang telah berjaya mencernakan roh Islam ke dalam
diri anak-anak mereka hingga menjadi alim ulama, tempat rujukan umat
Islam di negara ini, malah di tempat lain juga.
> Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa
dalam solat Asar. Sebelum kematian ibu beliau, pada kebiasaannya, ibu
beliau akan bersembang-sembang dengan jiran selepas solat Asar. Tetapi pada
hari itu, selepas solat Asar, ibu Ustaz Harun tidak keluar ke beranda
rumah untuk beramah mesra dan bertanya khabar dengan jiran-jiran. Para
jiran tertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu,
kalau dikatakan pergi ke rumah anak-anak, tidak pula.
> Setelah agak lama dengan ketiadaan si ibu itu, lalu jiran-jiran
mensyaki sesuatu telah berlaku terhadap ibu Ustaz Harun. Mereka kemudian
menjenguk ke dalam rumah sambil memberi salam, tetapi tiada jawapan.
Mereka kemudian memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah dan alangkah
terperanjat para jiran itu apabila mendapati ibu Ustaz Harun telah pun
meninggal dunia semasa dalam solat Asar.
> Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada kebiasaannya,
apabila berlaku satu-satu kematian, di mana-mana pun akan kita dapati
jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jamaah masjid,
jenazah lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuan oleh jamaah
perempuan. Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu Ustaz Harun Din ini.
> Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau > (Ustaz Abu Hassan
Din dan Ustaz Ishak Din) menguruskan jenazah ibu mereka. Dengan penuh
belaian kasih sayang dan penuh hormat mereka memandikan ibu mereka,
mengkafankan, serta menunaikan solat jenazah yang diimamkan sendiri
oleh Ustaz Harun Din. Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk
melaksanakan urusan jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik
beradik mereka dengan penuh sopan mengatakan kepada orang-orang kampung
bahawa ini adalah ibu mereka yang telah berjasa melahirkan, memberi
makan minum serta mendidik mereka sehingga menjadi anak-anak yang berguna.
Oleh itu, sebagai penghormatan yang terakhir dan tanda kasih sayang
anak-anak terhadap ibu mereka, biarlah mereka sendiri yang menguruskan
jenazah ibu mereka itu.
> Maka ramailah orang-orang kampung yang mengalirkan airmata mereka,
mengenangkan tentang kebaikan dan kesolehan anak-anak
hasil didikan tangan si ibu yang berjaya mendidik anak-anak dengan cahaya iman.
> Sehinggalah ke saat pengkebumian jenazah, urusan ini ditangani
sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik. Sungguh menarik dan
mengharukan kisah ini. Tanyalah diri kita sendiri. Bagi yang masih mempunyai ibu dan
bapa, bagaimana nanti peranan kita semasa jasad ibubapa kita terbujur kaku.
Adakah kita juga ingin menghulurkan bakti zahir yang terakhir sebagai
tanda hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita? Ataukah kita hanya
menyerahkan bulat-bulat urusan itu kepada orang-orang kampung atau jamaah
masjid untuk menguruskan jenazah mereka, tanpa ingin mengambil peluang
terakhir untuk berbakti. Inilah bakti zahir yang terakhir yang dapat
kita lakukan, disamping doa dan amalan-amalan baik kita yang kita
hadiahkan kepada ibubapa kita.
Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kita
yang sedang membesar? Bagi yang telah bergelar
ayah/papa/bapa/walid/baba dan
ibu/mama/emak/ummi dan sebagainya, bagaimana nanti agaknya perlakuan
anak-anak kita setelah jasad kita pula terbujur kaku, menanti waktu
untuk diuruskan pengkebumian? Adakah anak-anak kita akan berebut-rebut
untuk menguruskan, atau bertempiaran lari kerana takut atau hina memandang
jenazah kita yang telah kaku?
> Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita sebagai anak dan
juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedang memerlukan
didikan agama dari kita. Kita berilah didikan agama yang sebaiknya kepada
anak-anak kita agar menjadi orang-orang yang beriman dan berguna kepada
agama, bangsa dan negara, seperti contoh yang telah dipertuturkan di atas
tadi.
> Wallahu'alam.
Posted by ummu atiqah zainulabid at 11:23 PM 0 comments
SAYANGILAH IBUMU.....
Copy paste dari email aku(NOT ME)..
Renungkanlah kwn2...
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan:
pesan Ibu dulu:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim
wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan
pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima
ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah
tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit..
lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu
Alfatihah, alfatihah, alfatihah.
Posted by ummu atiqah zainulabid at 11:16 PM 0 comments
DI SAAT AKU DITALKINKAN....
Assalamualaikum wr wb
Sebak dada bila membaca email ni....but its good ...
Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah...
Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.
Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.
Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah........."ucapan
itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.
"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.
"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran
suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. "Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???
Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.
"Tolong ibu,tolonglah aku,
aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka
semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".
"Ibu......".
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan
islam, matilah dalam agama yahudi.....".
Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan
itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.
Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.
Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah
yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".
"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak
pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.
"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh
dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad
ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".
Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????
"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?
Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".Dan kini
baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.
Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah
dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.
"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.
"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!! THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING IN DEATH..... "SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."
Posted by ummu atiqah zainulabid at 8:49 PM 0 comments
Monday, November 3
Hal ini berlaku di KL baru2
ni.. Saya dapat tahu dari kakak ipar saya cara
baru orang memperdaya perempuan untuk
dirogol. Kawan dia sendiri yang telah
menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis
agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga.
Dia terserempak dengan seorang kanak2
menangis di tepi jalan. Kerana kesian,
dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa
dia sorang2 petang2 begini. Budak tu
kata yang dia dah sesat dan minta
dihantar balik ke rumahnya. Budak tu
kemudiannya menunjukkannya sekeping
kertas yang tertulis alamat rumahnya.
Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa
mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke
alamat berkenaan. Setibanya di rumah
itu, dia pun menekan loceng pintu..
Sejurus kemudian dia pengsan lantaran
loceng berkenaan disambungkan dengan
wayar berkuasa tinggi.
Hari berikutnya apabila dia
tersedar, dia berada di sebuah rumah
kosong di kawasan berbukit, dalam
keadaan *********. Dia langsung tak
mengenali penyerangnya. Begitulah
jenayah akhir2 ini mensasarkan
mangsanya. Jika terserempak dengan
keadaan sebegini, jangan sesekali turuti
kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar
je dia ke balai polis yang berdekatan.
P/S: Hantarlah kepada rakan2 anda
> > yang wanita supaya mereka berhati2 &
> > hantar pada rakan2 anda yang lelaki
> > supaya mereka boleh memperingatkan
> > adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan
> > mereka dari menjadi mangsa syaitan yang
> > bertopengkan manusia. Jangan biar naluri
> > keperihatinan mereka mendatangkan bahaya
> > pada mereka sendiri.
Posted by ummu atiqah zainulabid at 2:17 AM 2 comments
Sunday, November 2
LAWAK KAN????
Bayangkan perkara ini berlaku kepada anda... Suatu hari pada masaSolat jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tibamasuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaianhitam... tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun...> > > > > > lalu salah seorang lelaki tu bertempik, "Sesiapa yang sanggup MATIkerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu." Selepas mendengar amaranlelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untukmenyelamatkan diri...Daripada jumlah yang 1,000 tadi itu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk PakImam... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalumelihat ke arah Pak Imam sambil berkata, "Ok Pak Imam, saya dah halauSEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyangJumaat"... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah...Macam mana? Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas? Selainterhibur anda fikirkanlah...*Lawak kan, dari 1,000 orang yang mengaku dia Islam, hanya 20 yangbetul-betul beriman...*Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah melupakan ALLAH bilamenghadapi bahaya... kedua lelaki tadi hanya membawa mesin-gun... Diatak kata pun nak membunuh... tapi generasi sekarang amat lemah. Barukena ugut terus lari lintang-pukang... Lupa yang dia tak sembahyangjumaat lagi...*Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja... tu pun bila masasembahyang jumaat... tunjuk muka kat orang kampung... ada tu lagidashyat setahun 2 kali aje... bile masa sembahyang raya...*Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis olehsuratkhabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran.*Lawakkan, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhiratadalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia*Lawak, kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriendberejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai... tak cukup masa...Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau emailyang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa beratnak berkongsi dan nak hantar artikel-artikel yang berunsur agama.*Lawakkan / kenapa gelak? itu kan realiti... tapi yang paling lawaksekali... berapa orang yang lepas baca mesej ni tak akan sampaikan katorang lain...Berapa ramai yang akan buka BLOG ni untuk luangkan masa membaca?berapa banyak?Wallahuaallam..
Posted by ummu atiqah zainulabid at 6:03 PM 0 comments
KASIH IBU !!!!
> > berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....> > berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....> > berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya....> > berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......> > berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....> > berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....> > dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......> > Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.> > Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:> > 1) Tolong pergi kedai : RM4.00> > 2) Tolong jaga adik : RM4.00> > 3) Tolong buang sampah : RM1.00> > 4) Tolong kemas bilik : RM2.00> > 5) Tolong siram bunga : RM3.00> > 6) Tolong sapu sampah : RM3.00> > Jumlah : RM17.00> > Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.> > 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA> > 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA> > 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA> > 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA> > 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA> > Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA> > Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,> > "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
Posted by ummu atiqah zainulabid at 5:54 PM 0 comments
3 Kemanisan dan Kelazatan Iman
Ada 3 perkara yg mne kalau dimiliki seseorg e2 ia akn merasakn kemanisan iman:-1. Bila Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai drp yg laen2. Bila mencintai seseorg berdasarkn kerana Allah3. Bila seseorg e2 merasa benci kembali kpd kekufuran sebagaimana bencinya dilemparkn ke dlm api nerakaAllah...----------------------------------------3 perkara yg dpt dirasai oleh org yg merasa kelazatan iman:-1. x membantah sesuatu yg benar2. x berdusta walau dlm kesulitan3. yakin bahwa apa yg berlaku adalah dr Allah n xboleh dihindarkan
Posted by ummu atiqah zainulabid at 5:49 PM 0 comments
Curian SyaitaN
Hadith :Dari Aisyah r.a katanya:” Aku bertanya kepada Rasulullah SAW perihal menoleh atau berpaling di dalam solat.” Jawab baginda:”Hal itu adalah suatu kecurian yang dilakukan oleh syaitan terhadap solat seseorang.”(Bukhari)-Huraian-Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat seperti memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat adalah mempamerkan sifat tidak berdisiplin seseorang itu ketika bersolat. Hal ini amat ditegah kerana Rasulullah SAW pernah memperkatakannya dalam sabda baginda yang bermaksud: Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlah kamu menoleh (ke sana sini iaitu tidak memfokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajah-Nya ke wajah hamba-Nya yang sedang bersolat selagi mana hamba-Nya tidak menoleh ke arah lain" (al-Bukhari dan Abu Daud ; fath al-Bari, 2/304 ) Juga sebuah hadith lain ada menyebut yang maksudnya: "Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan." (at-Tirmidzi) Justeru, difahami dari tegahan ini bahawa kita disuruh agar menumpukan hati dan minda kepada Allah SWT semasa solat dan tidak lalai atau dilalaikan oleh sesuatu yang lain kerana itu adalah satu helah syaitan (curian syaitan) untuk menyesatkan manusia daripada mengingati Allah SWT.
Posted by ummu atiqah zainulabid at 4:23 AM 1 comments
4 Key of Happiness
Hadith :Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!”Riwayat Ibnu HibbanHuraiani) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.
Posted by ummu atiqah zainulabid at 4:20 AM 0 comments
HIDUP INI....
Hidup didunia hanya lah sesaat saja...Semoga kt tak terlena didlmx..Selalu ingat....bahwa....ada tempat lain yg mnjdi tujuan....bukan hanya mampir hdup didunia..Tapi...Tujuan akhir kt adl...Bertemu sang penguasa langit dn bumi..Diakhrat kelak...'Ya allah mdhknlah diri kami melihat wajah indahMU,, disurga kelak,amin....''jadiknlh kami hamba2mu yg tak brgeming wlo dahsyatx nikmat dunia menghampiri kami,amin'..
Posted by ummu atiqah zainulabid at 4:15 AM 0 comments
MARI AMBIL IKTIBAR..
Kisah benar dari US. Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan.Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia kesaorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).Dia pun tanya perogol itu "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?" Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."Saudari ni rasa amat terkejut dan terkesima bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.MORAL CERITA INI:Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat).Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya. Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah amalkannya.Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level 'iman' kita sekarang ini. Wassalam.Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin 'Amr r.a.]"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yang sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta di seluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuhMu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka. Amin, ya Rabbal 'Alamin."
Posted by ummu atiqah zainulabid at 4:11 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)