hari ni tiba2 je rasa nk tulis pasal 1 bnda....hari ni kluar lah result utk t_ _ exam...exam ni berkenaan dgn tilawah kita....dlm exam ni akan diuji lah ramai new intake student iium mcm mana bacaan dorang dlm membaca al-quran
Monday, July 13
iium....
Posted by ummu atiqah zainulabid at 4:27 AM 2 comments
Tuesday, June 9
happy birthday ,my dear mom...
Posted by ummu atiqah zainulabid at 12:58 AM 0 comments
walking sunshine...my mum
I think of you often wherever I go.
You lift me up; you're like walking sunshine;
I am lucky to have a great mother like mine.
I'm always amazed by how much you care.
What you've given to me I can never repay,
Thank you, Mom, on your 43rd birthday.
Posted by ummu atiqah zainulabid at 12:21 AM 0 comments
Thursday, June 4
seikhlas kelapa tua..
Posted by ummu atiqah zainulabid at 4:53 PM 0 comments
Tuesday, May 26
berhentilah menjadi gelas....
Posted by ummu atiqah zainulabid at 6:04 PM 0 comments
Thursday, April 23
KEWUJUDAN ALLAH S.W.T
Posted by ummu atiqah zainulabid at 9:25 PM 0 comments
hanya seminit
Posted by ummu atiqah zainulabid at 9:18 PM 0 comments
Monday, February 23
character dlm keluarga....
ni satu lagi topik yg saya utarakan utk hampa semua. Jadi kalau blh tu rajin-rajin la antar komen. Ada tak tempias-tempias ciri-ciri kat hampa??? Dikatakan kedudukkan seseorang itu dalam bilangan adik-beradik turut mencorakkan personaliti hidup mereka. Nak tau lebih lanjut? Klik la seterusnya.. hehe
1)Anak Sulung
anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.
Karektor :
ü anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
ü sering berjaya dalam hidup.
ü lebih pandai mengambil hati orang tua.
ü nilai tanggung jawab yang tinggi.
Anak Tengah
biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. mere ka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang 'favourite' di kalangan adik-beradik yang lain. seringkali mereka juga teras terpinggir. dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Karektor :
ü lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
ü lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
ü suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
ü sering merasakan diri mereka terpinggir.
ü terlalu mengalah
Anak Bongsu
mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakan sikap anak bongsu. mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengiku t kehendak mereka sahaja. mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. mungkin ibu bapa sentiasa berasakananak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.
Karektor :
ü happy go-lucky dan yakin diri.
ü manja.
ü berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
ü sukar membuat keputusan sendiri.
Anak Tunggal
dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kuku h dan erat. mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.
Karektor :
ü sering merasakan diri mereka kesunyian.
ü lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
ü lebih bijak bergaul.
ü lebih cepat matang.
ü terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
ü sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.
Posted by ummu atiqah zainulabid at 4:28 AM 0 comments
Saturday, February 14
malaikat, manusia & syaitan
1)Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz
2)Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .
3)Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
4)Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
5)Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
6)Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
7)Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .
8)Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?
9)Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ... (kalau sempatla)
10)Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
11)Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....
*Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1.Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2.Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3.Syaitan - Tak payah
Posted by ummu atiqah zainulabid at 11:14 PM 0 comments
Monday, December 29
SEKSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG!!
“Sembahyang itu tiang Agama. Barangsiapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya, dan barangsiapa meninggalkannya, maka sesungguhnya ia telah merobohkan agamanya.” 6 Seksaan Di Dunia 1. ALLAH mengurangkan berkat umurnya. 2. ALLAH tidak mempermudahkan rezekinya di dunia. 3. ALLAH menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya. 4. Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam. 5. ALLAH tidak akan menerima doanya. 3 Seksaan Ketika Menghadapi Mati 1. Mati dalam keadaan yang hina. 2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar. 3. Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya. 3 Seksaan Sewaktu Dalam Kubur 1. ALLAH akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya. 2. ALLAH akan mengelapkan kuburnya. 3. ALLAH akan menyeksanya sehingga hari kiamat. 3 Seksaan Ketika Bertemu ALLAH 1. Pada hari kiamat ia akan dibelenggu oleh Malaikat. 2. ALLAH tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan. 3. ALLAh tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam neraka dengan azab yang pedih dan lagi keras. Dosa dan Balasan Meninggalkan Sembahyang Lima Waktu Subuh: Sekali meninggalkan dimasukkan ke neraka selama 30 tahun di akhirat (bersamaan 60,000 tahun di dunia) Zohor: Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1,000 umat Islam. Asar: Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuhkan Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram,Makkah). Maghrib: Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri. Isyak: Sekali meninggalkannya ALLAH tidak redha orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum nikmat-Nya. |
Posted by ummu atiqah zainulabid at 7:18 PM 0 comments
waktu2 yg paling baik utk berdoa...
1. Antara adzan dan Iqamat. 2. Menjelang waktu shalat dan sesudahnya. 3. Waktu sepertiga malam yang terakhir. 4. Sepanjang hari Jumaat. 5. Antara Dzuhur dan Ashar, serta Ashar dan Maghrib. 6. Ketika Khatam membaca Al-Qur'an. 7. Ketika Turun hujan. 8. Ketika melakukan Thawaf. 9. Ketika menghadapi musuh di medan perang. 10. Antara 2 khutbah jumaat Mari kita amalkan... |
Posted by ummu atiqah zainulabid at 7:15 PM 0 comments
hari natal......
Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH). Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)?
Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak.NAUZUBILLAH.LAILAHAILLAH
Posted by ummu atiqah zainulabid at 7:13 PM 0 comments
HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM.................
*JANGAN LUPA SEBARKAN X G2 ANDA AKAN DOSA SEUMUR HIDUP KERANA MENDAPAT INFO TAPI X SEBARKAN
Posted by ummu atiqah zainulabid at 7:09 PM 0 comments
MALAIKAT IZRAIL MEMPERHATIKAN WAJAH MANUSIA 70 KALI DALAM SEHARI SEMALAM
Posted by ummu atiqah zainulabid at 7:08 PM 0 comments
Sunday, December 28
.Sebagai org baru di sini...hamba mendoakan semua sahabat di sini beroleh kesejahteraan dan dimurahkan rezeki daripada Allah SWT.
Posted by ummu atiqah zainulabid at 7:39 PM 0 comments
Wednesday, November 5
Tuesday, November 4
KISAH ANAK YG SOLEH
Assalamualaikum semua..
> Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk renungan kita
bersama. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah satu siri-siri
ceramah beliau mengenai kebajikan anak-anak yang soleh kepada ibu
mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada yang telah mendengarnya dan
sama-samalah kita renungkan sejauh mana kebaktian kita kepada kedua-dua
ibubapa kita.
> Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din dan adik
beradik beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz Harun Din dan adik
beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agama yang tinggi hasil
didikan ibubapa mereka yang telah berjaya mencernakan roh Islam ke dalam
diri anak-anak mereka hingga menjadi alim ulama, tempat rujukan umat
Islam di negara ini, malah di tempat lain juga.
> Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa
dalam solat Asar. Sebelum kematian ibu beliau, pada kebiasaannya, ibu
beliau akan bersembang-sembang dengan jiran selepas solat Asar. Tetapi pada
hari itu, selepas solat Asar, ibu Ustaz Harun tidak keluar ke beranda
rumah untuk beramah mesra dan bertanya khabar dengan jiran-jiran. Para
jiran tertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu,
kalau dikatakan pergi ke rumah anak-anak, tidak pula.
> Setelah agak lama dengan ketiadaan si ibu itu, lalu jiran-jiran
mensyaki sesuatu telah berlaku terhadap ibu Ustaz Harun. Mereka kemudian
menjenguk ke dalam rumah sambil memberi salam, tetapi tiada jawapan.
Mereka kemudian memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah dan alangkah
terperanjat para jiran itu apabila mendapati ibu Ustaz Harun telah pun
meninggal dunia semasa dalam solat Asar.
> Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada kebiasaannya,
apabila berlaku satu-satu kematian, di mana-mana pun akan kita dapati
jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jamaah masjid,
jenazah lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuan oleh jamaah
perempuan. Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu Ustaz Harun Din ini.
> Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau > (Ustaz Abu Hassan
Din dan Ustaz Ishak Din) menguruskan jenazah ibu mereka. Dengan penuh
belaian kasih sayang dan penuh hormat mereka memandikan ibu mereka,
mengkafankan, serta menunaikan solat jenazah yang diimamkan sendiri
oleh Ustaz Harun Din. Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk
melaksanakan urusan jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik
beradik mereka dengan penuh sopan mengatakan kepada orang-orang kampung
bahawa ini adalah ibu mereka yang telah berjasa melahirkan, memberi
makan minum serta mendidik mereka sehingga menjadi anak-anak yang berguna.
Oleh itu, sebagai penghormatan yang terakhir dan tanda kasih sayang
anak-anak terhadap ibu mereka, biarlah mereka sendiri yang menguruskan
jenazah ibu mereka itu.
> Maka ramailah orang-orang kampung yang mengalirkan airmata mereka,
mengenangkan tentang kebaikan dan kesolehan anak-anak
hasil didikan tangan si ibu yang berjaya mendidik anak-anak dengan cahaya iman.
> Sehinggalah ke saat pengkebumian jenazah, urusan ini ditangani
sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik. Sungguh menarik dan
mengharukan kisah ini. Tanyalah diri kita sendiri. Bagi yang masih mempunyai ibu dan
bapa, bagaimana nanti peranan kita semasa jasad ibubapa kita terbujur kaku.
Adakah kita juga ingin menghulurkan bakti zahir yang terakhir sebagai
tanda hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita? Ataukah kita hanya
menyerahkan bulat-bulat urusan itu kepada orang-orang kampung atau jamaah
masjid untuk menguruskan jenazah mereka, tanpa ingin mengambil peluang
terakhir untuk berbakti. Inilah bakti zahir yang terakhir yang dapat
kita lakukan, disamping doa dan amalan-amalan baik kita yang kita
hadiahkan kepada ibubapa kita.
Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kita
yang sedang membesar? Bagi yang telah bergelar
ayah/papa/bapa/walid/baba dan
ibu/mama/emak/ummi dan sebagainya, bagaimana nanti agaknya perlakuan
anak-anak kita setelah jasad kita pula terbujur kaku, menanti waktu
untuk diuruskan pengkebumian? Adakah anak-anak kita akan berebut-rebut
untuk menguruskan, atau bertempiaran lari kerana takut atau hina memandang
jenazah kita yang telah kaku?
> Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita sebagai anak dan
juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedang memerlukan
didikan agama dari kita. Kita berilah didikan agama yang sebaiknya kepada
anak-anak kita agar menjadi orang-orang yang beriman dan berguna kepada
agama, bangsa dan negara, seperti contoh yang telah dipertuturkan di atas
tadi.
> Wallahu'alam.
Posted by ummu atiqah zainulabid at 11:23 PM 0 comments
SAYANGILAH IBUMU.....
Copy paste dari email aku(NOT ME)..
Renungkanlah kwn2...
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan:
pesan Ibu dulu:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim
wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan
pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima
ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah
tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit..
lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu
Alfatihah, alfatihah, alfatihah.
Posted by ummu atiqah zainulabid at 11:16 PM 0 comments
DI SAAT AKU DITALKINKAN....
Assalamualaikum wr wb
Sebak dada bila membaca email ni....but its good ...
Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah...
Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.
Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.
Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah........."ucapan
itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.
"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.
"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran
suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. "Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???
Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.
"Tolong ibu,tolonglah aku,
aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka
semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".
"Ibu......".
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan
islam, matilah dalam agama yahudi.....".
Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan
itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.
Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.
Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah
yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".
"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak
pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.
"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh
dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad
ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".
Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????
"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?
Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".Dan kini
baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.
Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah
dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.
"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.
"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!! THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING IN DEATH..... "SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."
Posted by ummu atiqah zainulabid at 8:49 PM 0 comments
Monday, November 3
Hal ini berlaku di KL baru2
ni.. Saya dapat tahu dari kakak ipar saya cara
baru orang memperdaya perempuan untuk
dirogol. Kawan dia sendiri yang telah
menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis
agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga.
Dia terserempak dengan seorang kanak2
menangis di tepi jalan. Kerana kesian,
dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa
dia sorang2 petang2 begini. Budak tu
kata yang dia dah sesat dan minta
dihantar balik ke rumahnya. Budak tu
kemudiannya menunjukkannya sekeping
kertas yang tertulis alamat rumahnya.
Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa
mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke
alamat berkenaan. Setibanya di rumah
itu, dia pun menekan loceng pintu..
Sejurus kemudian dia pengsan lantaran
loceng berkenaan disambungkan dengan
wayar berkuasa tinggi.
Hari berikutnya apabila dia
tersedar, dia berada di sebuah rumah
kosong di kawasan berbukit, dalam
keadaan *********. Dia langsung tak
mengenali penyerangnya. Begitulah
jenayah akhir2 ini mensasarkan
mangsanya. Jika terserempak dengan
keadaan sebegini, jangan sesekali turuti
kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar
je dia ke balai polis yang berdekatan.
P/S: Hantarlah kepada rakan2 anda
> > yang wanita supaya mereka berhati2 &
> > hantar pada rakan2 anda yang lelaki
> > supaya mereka boleh memperingatkan
> > adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan
> > mereka dari menjadi mangsa syaitan yang
> > bertopengkan manusia. Jangan biar naluri
> > keperihatinan mereka mendatangkan bahaya
> > pada mereka sendiri.
Posted by ummu atiqah zainulabid at 2:17 AM 2 comments